Jan 18, 2014

Cerita sebelum breakfast.

(i)
Selain satu nama itu
yang aku sentiasa sebut dalam setiap doaku,
semalam aku sebut satu nama asing
yang mana kaumnya
tidak pernah kusebut dalam mana-mana doaku.

kerana Engkau yang pegang hati ini,
maka hilangkanlah kesakitan ini,
dan Engkaulah sumber kebahagiaan,
yang sebenar.

(ii)
Menjaga.
Ini soal kerjasama kedua-dua pihak
sebenarnya.

Kalaupun salah satu belot,
kau kuatkan diri,
kerana insyaAllah-- ganjaran.

(iii)
Hari-hari yang lepas,
aku sering tertanya,
mengapa aku menulis begini?

Tak boleh blog post biasa-biasa ke, Alia?! LOL :P

(iv)
Bak katanya,
semoga tulisan-tulisan ini
menginspirasikan sang pembaca
ke dalam kisah mereka sendiri,
bukan kisah aku.

No comments:

Post a Comment